? ??????????????Lady Like? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??80 Grabs Today. 742 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Emo Letter? ????? ?? ???Rating: 4.6 (55 Ratings)??47 Grabs Today. 16033 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????R BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, September 16, 2009

:: Countdown to Aidilfitri ::

T I G A
hari lagi...

Alhamdulillah..
dapat berita ni semalam dari kerajaan negeri.

"Bonus raya kerajaan Pakatan RM500"

SHAH ALAM - Kakitangan awam di tiga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) mendapat ‘durian runtuh’ apabila Kerajaan Negeri masing-masing mengumumkan pemberian bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menariknya, habuan sebanyak RM500 kepada setiap kakitangan kumpulan sokongan di Selangor dan Kedah dibayar secara sekaligus, sementara kakitangan di Pulau Pinang menerima pembayaran dua kali secara ansuran. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM4.38 juta bagi bantuan khas kewangan bagi 2009 kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam untuk kumpulan sokongan di negeri ini.

“Kita telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas ini kepada semua kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan sokongan di Selangor. “Setiap mereka akan diberikan RM500 bagi meringankan beban sempena perayaan hari raya ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, hampir 9,000 kakitangan akan mendapat bantuan berkenaan dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7,588 kakitangan tetap, 952 kontrak serta 230 kakitangan sambilan akan menerima bantuan tersebut. “Bantuan berkenaan akan diberikan sepenuhnya sebelum hari raya ini. Ini berbeza apa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mana mereka dibayar dua peringkat yang mana RM250 sebelum raya dan selebihnya dibayar selepas raya,” katanya.

0 comments: